Monday, 19 September 2011

26) Lokasi Baru TASKA ALIF AQMAR

TASKA ALIF AQMAR akan dibuka bersebelahan Mahkota Hotel Apartment, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Faizah 019-6428540 atau emel mummydaycare@hotmail.com




Wednesday, 1 December 2010

24) Happy Birthday Najwan


Pada 26/11/2010 lalu kami telah menyambut hari lahir Nabil Najwan yang ke 5 tahun.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini telah ditaja oleh Hazie Emas Enterprise, terima kasih daun keladi kerana sudi menyediakan makanan yang lazat untuk kami.

Walaupun tidak ramai yang hadir memandangkan cuti sekolah telah pun bermula, namun majlis tetap meriah.

Semoga semua ceria selalu!

23) Hari Pengasuh Negeri Melaka 2010

Saturday, 23 October 2010

22) Kenduri Kesyukuran 16 Oktober 2010


Alhamdulillah telah selamat mengadakan kenduri kesyukuran di Taska Alif Aqmar pada 16 Oktober 2010 lalu. Majlis ini adalah tanda kesyukuran & juga aqiqah untuk Najwa, anak kelima saya & Zahir (anak adik saya; Sahar pemilik Mahkota Guest House) yang turut menyumbangkan seekor lagi kambing untuk majlis ini.

Majlis bermula dengan sembahyang maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yaasin dan doa selamat, seterusnya sembahyang Isyak berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Bt. Berendam dan tahlil ringkas dan juga marhaban oleh qariah di sini.

Kehadiran tetamu sangat menggalakkan, hampir atau mungkin melebihi 200 orang yang terdiri daripada kaum keluarga dari Melaka & Muar, sahabat handai, staf & pelajar UTEM, jiran tetangga dan juga keluarga anak-anak di Taska.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi datang. Insyaallah ada rezeki kami buat lagi majlis sebegini.

Wednesday, 21 April 2010

20) Lawatan Skuad Jomsebar Sukan Malaysia (SUKMA) XIII 2010

Sempena SUKMA XIII 2010 yang akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun 2010 ini di Melaka, Skuad Jom Sebar Sukan Malaysia bersama maskot Sang Kancil telah mengadakan promo ke seluruh pelusuk negeri Melaka. Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan mereka pada hari Rabu, 21 April 2010 lalu.

Suasana meriah dengan acara bersalam bersama maskot, pemberian belon dan cenderamata. Walaupun ada anak yang menangis kerana takut melihat maskot, namun ini tidak menghalang acara lain diteruskan. Kami juga merasa gembira dapat berjumpa Amer Chot, peserta Raja Lawak musim ke 3 yang turut sama mempromosikan SUKMA.

Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi singgah ke Taska kami.

Sekitar lawatan Skuad Jomsebar...